Home

previous arrow
next arrow
PlayPause
Slider
 
Selamat datang ke laman rasmi ChaLowTrip. Apa itu ChaLowTrip? ChaLowTrip adalah singkatan kepada Charge Low Trip dimana bersesuaian dengan nama kami, kami ingin menawarkan pakej-pakej percutian menarik dengan harga berpatutan kepada anda disamping berusaha memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami.
 
Kenapa memilih ChaLowTrip?
Selain dari matlamat kami membawakan kepada anda pakej-pakej percutian yang menarik dan terbaik pada harga yang berpatutan. Kami juga berazam untuk memberikan mutu perkhidmatan yang berkualiti setaraf dengan pesaing-pesaing kami yang lebih mewah. Selain daripada itu, kami juga tidak mengambil pelanggan yang terlalu ramai bagi setiap pakej yang ditawarkanya agar dapat memberikan layanan yang terbaik kepada mereka manakala jadual bagi setiap pakej pula diatur dan disusun supaya menjadi lebih santai dan tidak terlalu ketat.
 
Konsep perjalanan ChaLowTrip
Setiap pakej perjalan/travel yang kami buat adalah berkonsepkan santai supaya para peserta pakej kami dapat menikmati sepenuhnya perjalanan yang mereka lalui disamping kapten/guide yang ramah dan ‘friendly’. Manakala detik-detik perjalanan yang indah pula akan dirakam oleh jurufoto kami yang bertauliah dan disimpan di dalam galeri ChaLowTrip sebagai kenangan dan rujukan para peserta perjalanan tersebut